Pular para o conteúdo principal

Peru bangkit tewaskan Bolivia



MARCELO bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika menentang pasukan Peru.
RIO DE JANEIRO: Bolivia menjaringkan gol pertama dalam lima perlawanan tetapi ia tidak cukup untuk memberikan mereka mata pertama dalam Copa America ketika Peru bangkit daripada ketinggalan seterusnya menang 3-1 dalam saingan Kumpulan A dekat Rio de Janeiro hari ini.
Bolivia, kali terakhir menang Copa America pada 1963, tidak menjaringkan gol sejak seri 2-2 berdepan Nicaragua pada Mac tetapi mereka mendahului selepas 28 minit apabila Marcelo Moreno menjaringkan gol menerusi penalti dibantu video bantuan pengadil (VAR).
Paolo Guerrero menyamakan kedudukan buat Peru sebelum berakhir babak pertama apabila dia menggelecek penjaga gol dan meledak ke gol yang sudah kosong dan penyerang itu juga membantu 10 minit kemudian apabila melintangkan bola buat Jefferson Farfan yang meledak gol kedua Peru.
Peru nyata lebih baik pada babak kedua dan boleh menjaringkan lebih banyak gol tetapi diselamatkan penjaga gol Bolivia, Carlos Lampe.
Bagaimanapun lima minit sebelum tamat, pemain gantian Edison Flores menjaringkan gol ketiga apabila menyempurnakan satu gerakan serangan balas pantas.
Peru kini mengumpul empat mata daripada dua perlawanan manakala Bolivia kekal tanpa mata. - Reuters

Comentários