Pular para o conteúdo principal

Postagens

Mostrando postagens de julho, 2019

Messi digantung satu perlawanan

KAPTEN Argentina, Lionel Messi digantung satu perlawanan dan denda AS$1,500 (RM6,100) selepas dibuang padang menentang Chile pada perlawanan penentuan tempat ketiga Copa America dan melabel pemimpin bola sepak Amerika Selatan sebagai “korupsi.” Messi dilayangkan kad merah selepas bertembung dengan Gary Medel dan kemudian menuduh kejohanan itu sudah diatur untuk menyebelahi tuan rumah Brazil, yang mengalahkan Argentina pada separuh akhir kontroversi dalam laluan mereka merangkul kejuaraan. Messi menuduh Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) sebagai “korupsi” dan tidak menghadiri majlis untuk mengambil pingatnya. CONMEBOL menyatakan hari ini, komen Messi “tidak boleh diterima” namun tidak bercadang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemain terbaik dunia lima kali itu. MESSI (kiri) bersama Tapia. — FOTO AFP Penggantungan itu bagi perlawanan pertama Argentina pada kelayakan Piala Dunia 2022. Dalam satu lagi perkembangan berkaitan Argentina, CONMEBOL m...

CONMEBOL gantung Messi satu perlawanan

GAMBAR fail, penyerang Argentina, Lionel Messi (tengah) mempersoalkan tindakan pengadil perlawanan yang melayang kad merah kepadanya ketika menentang Chile pada perlawanan penentuan tempat ketiga Copa America, 6 Julai lalu. - Foto AFP ASUNCION, Paraguay: Kapten Argentina, Lionel Messi digantung satu perlawanan dan didenda $1,500 dolar AS (RM6,179) selepas dibuang padang ketika perlawanan menentang Chile dalam penentuan tempat ketiga Copa America serta membuat tuduhan “rasuah” terhadap ketua bola sepak Amerika Selatan. Messi dilayangkan kad merah selepas berselisih faham dengan Gary Medel sebelum membuat dakwaan kejohanan sudah diatur bagi menyebelahi tuan rumah, Brazil yang menewaskan Argentina di peringkat separuh akhir yang mencetuskan kontroversi. Selisih faham antara Lionel Messi dengan Gary Medel yang mengakibatkan dia dibuang padang. - Foto Getty Image Messi menuduh Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) dicemari “rasuah” dan tidak menghadi...

Lionel Messi Didenda Dan Digantung Perlawanan Kerana Komen Ofensif

CONMEBOL dengan rasminya telah menjatuhkan hukuman ke atas Lionel Messi. Sebelum ini ramai menjangkakan Messi bakal dikenakan tindakan berat di atas keceluparan beliau. Dalam Copa America 2019, Lionel Messi menuduh CONMEBOL sebagai korup dan membantu Brazil untuk juara. Seterusnya Lionel Messi turut mempertikaikan kredibiliti pengadil yang dianggap tidak bagus dan berat sebelah – menjadi sebab kenapa Argentina ‘dirompak’. Argentina sekadar menamatkan saingan di tangga ke-3 dalam Copa America 2019. Messi dalam kenyataan beliau ketika itu berkata: “Tidak syak lagi, segalanya sudah diatur untuk Brazil. Saya tak mahu keluar mengambil medal [ketiga] kerana tidak mahu menjadi sebahagian daripada korupsi ini.” “Kami [Argentina] boleh pergi lebih jauh, tetapi mereka tidak membenarkan kami ke final. Korupsi, pengadil dan semua yang lain membuatkan orang tidak lagi menikmati bola sepak.” CONMEBOL sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan balas dengan menyatakan kekecewaan mer...

Presiden AFA Disingkir Dari CONMEBOL Selepas Kritik Penganjuran Copa America

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) telah menyingkir Claudio Tapia dari kedudukannya sebagai wakil ke FIFA untuk badan induk bola sepak itu, selepas Tapia sebelum ini lantang mengkritik penganjuran kejohanan Copa America yang diadakan di Brazil. Tapia adalah Prsiden kepada Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), sebelum ini mengkritik CONMEBOL melalui satu surat terbuka yang ditulis pada 3 Julai ketika Copa America sedang berlangsung. CONMEBOL.com ✔ @CONMEBOL Declaración del Consejo de CONMEBOL. https:// bit.ly/2GmYq7d   393 9:04 PM - Jul 23, 2019 Twitter Ads info and privacy 731 people are talking about this Dalam surat tersebut Tapia berkata Argentina amat terkesan dengan kualiti pengadil dan juga padang di kejohanan tersebut selepas kekalahan 2-0 Argentina kepada Brazil di peringkat separuh akhir. Kapten Argentina, Lionel Messi turut senada dengan Tapia yang berkata berlakunya unsur ...

MUNGKIN INI PERLAWANAN TERAKHIR SAYA

MUNGKIN INI PERLAWANAN TERAKHIR SAYA Penjaring terbanyak Copa America 2019, Everton memberitahu dia mungkin telah bermain perlawanan terakhirnya bersama Gremio selepas kemenangan 2-1 menentang Vasco, awal pagi tadi Beliau memberitahu beliau ada menerima satu tawaran dari Eropah

Penjaga Gol Chile Ini Tembak Messi Sebagai Memalukan Dan Hipokrit

Komen pedas Lionel Messi kepada penganjur dan pengadil ketika Copa America 2019 telah mengundang reaksi ramai pihak. Sejak daripada itu Lionel Messi telah mengundang kritikan kembali kepadanya. Messi menuduh penganjur Copa America 2019 – memberikan kelebihan kepada tuan rumah Brazil. Seterusnya, Lionel Messi menganggap pengadil pilih kasih kepada pasukan Brazil. Messi berpendapat, kad merah beliau ketika menentang Chile adalah kerana kritikan terbuka beliau kepada pengadil selepas aksi menentang Brazil. Messi berkata: “Korupsi dan sikap pengadil membuatkan kami gagal ke final. Kamu harus bercakap benar.” Messi juga enggan mengambil pingat tempat ke-3 kerana menyatakan beliau enggan bersubahat dengan organisasi yang korupsi. Terbaru, penjaga gol Chile, Johnny Herrera memberikan komen ke atas sikap Messi yang disifatkan beliau sebagai hipokrit dan memalukan. Herrera mengungkit kembali; pada kelayakan Piala Dunia 2018, Messi telah dikenakan tindakan gantung 4 pe...