Pular para o conteúdo principal

Gabriel, Fernandinho lapor diri

BINTANG Brazil dari kiri Fernandinho, Gabriel Jesus dan Casemiro
BINTANG Brazil dari kiri Fernandinho, Gabriel Jesus dan Casemiro di pusat latihan skuad kebangsaan Brazil, Rabu lalu. - AGENSI
LONDON 23 Mei - Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Gariel Jesus dan Fernandinho kelihatan tersenyum sewaktu kedua-dua pemain Manchester City itu melaporkan diri menyertai kem latihan Brazil.
Selepas beberapa hari meraikan kejayaan City merangkul trebel domestik, kedua-dua pemain itu kembali bekerja memandangkan kempen Copa America 2019 bakal berlangsung tidak lama lagi.
Tidak membuang masa, mereka berdua segera menyertai latihan pasukan di gimnasium dekat Kompleks Bola Sepak Granja Comary, ibu pejabat skuad kebangsaan Brazil.
Skuad The Selecao masih mempunyai masa untuk mempersiapkan pasukan memandangkan kejohanan itu berlangsung pada 14 Jun ini.
Brazil merupakan tuan rumah diletakkan dalam Kumpulan A bersama Bolivia, Venezuela dan Peru berharap dapat memenangi trofi kejohanan buat kali pertama sejak 2007.
Pengurus Barzil, Tite mengakui dia berdepan kesukaran untuk menyenaraikan skuadnya memandangkan persaingan antara pemain tinggi.
“Ini merupakan senarai pemain yang paling sukar pernah saya lakukan daplam hidup. Saya tidak tidur. Isteri saya turut membantu namun dia tidak boleh. Saya perlu membuat keputusan,” katanya. - AGENSI

Comentários