Pular para o conteúdo principal

Suarez tersenarai dalam barisan Uruguay

LUIS SUAREZ
LUIS SUAREZ
LONDON 31 Mei - Luis Suarez berada dalam senarai akhir 23 pemain Uruguay untuk bersaing pada Copa America biarpun sedang melalui fasa pemulihan daripada pembedahan lutut.
Suarez terlepas dalam aksi kekalahan mengejut Barcelona kepada Valencia pada perlawanan akhir Copa del Rey hujung minggu lalu selepas menjalani pembedahan di meniskusnya.
Bagaimanapun Suarez disenaraikan dalam skuad bimbingan Oscar Tabarez untuk kemepen Copa America Khamis ini, dengan turut menyenaraikan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani, yang sering mengalami kecederaan sepanjang musim 2018-19.
Pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin antara bintang lain yang tersenarai, di samping gandingannya kelab Sepanyol itu, Jose Gimenez.
Pemain tengah Arsenal, Lucas Torreira, Matias Vecino (Inter Milan) dan dua Juventus, Martin Caceras serta Rodrigo Bentancur antara pemain yang yang disenaraikan.- AGENSI

Comentários