Pular para o conteúdo principal

Allan ambil alih tugas Casemiro - Tite

Pemain Brazil, Casemiro (tengah) pada sesi latihan di Pusat Latihan Kelab gremio di Porto Alegre, Brazil. - Foto EPA
PORTO ALEGRE, Brazil: Jurulatih Brazil, Tite mengesahkan Allan akan mengambil alih tugas Casemiro di bahagian tengah ketika melayan Paraguay dalam saingan suku akhir Copa America esok.
Casemiro terpaksa diketepikan susulan digantung angkara mengutip kad kuning kedua ketika membantu Brazil membelasah Peru 5-0 di peringkat kumpulan, Sabtu lalu.
Tite sebelumnya memikirkan Fernandinho namun Tite mendapati pemain tengah Manchester City itu masih bergelut dengan kecederaan lututnya sekali gus meletakkan Allan sebagai pilihan utama mengendali posisi itu esok.
"Fernandinho tepaksa diketepikan. Allan akan beraksi," kata Tite dalam sidang media, hari ini.
"Jika kami menang dan seterusnya layak, mungkin dia (Fernandinho) akan sedia diturunkan pada perlawanan berikutnya. Fernandinho akan beraksi seperti biasa, ketika ini dia belum cergas.”
Paraguay pula belum tewas dalam empat pertemuan mereka berdepan Brazil dalam Copa America dengan dua aksi terakhir menyaksikan mereka mara ke suku akhir menerusi penalti.
Tite dalam pada itu memberi amaran kepada anak buahnya supaya kekal fokus berdepan lawan sukar itu meskipun anak buahnya mengutip tujuh mata daripada tiga perlawanan Kumpulan A.
"Mental pemain mesti kuat kerana ini saingan penentuan, mereka perlu fokus tahap lebih tinggi, persiapan juga berbeza berdepan perlawanan itu,” kata Tite. – Agensi 

Comentários