Pular para o conteúdo principal

Argentina jumpa Brazil di separuh akhir

GIOVANI LO CELSO (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan
GIOVANI LO CELSO (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu Argentina mengalahkan Venezuela 2-0 dalam suku akhir Copa America di Stadium Maracana, Rio de Janeiro hari ini. - AFP
RIO DE JANEIRO - Argentina menempah pertemuan yang paling dinantikan oleh peminat bola sepak Amerika Selatan apabila bakal menentang musuh tradisi, Brazil dalam separuh akhir Copa America, Rabu ini.
Jaringan Lautaro Martinez dan Giovani Lo Celso memastikan kemenangan 2-0 skuad La Albiceleste ke atas Venezuela dalam aksi di Stadium Maracana, sebentar tadi.
Selepas mempamer aksi kurang meyakinkan di awal kejohanan, Argentina akhirnya tampil dengan permainan lebih baik, malah hanya memerlukan 10 minit pertama untuk membuka jaringan menerusi kuisan Martinez.
Pemain tengah Real Betis, Lo Celso kemudian menggandakan kedudukan 2-0 pada minit ke-74 hanya beberapa minit selepas dibawa masuk sebagai pemain gantian.
Jika Argentina turun bersama reputasi selaku juara 14 kali, Brazil yang beraksi di depan penyokong sendiri pula memburu kejuaraan kesembilan. - AGENSI

Comentários