Pular para o conteúdo principal

Bola melantun macam arnab - Messi

LIONEL MESSI - AFP
LIONEL MESSI - AFP
LONDON - Kapten Argentina Lionel Messi mengkritik keadaan padang di Stadium Maracana, Rio de Janeiro selepas membantu pasukannya mara ke separuh akhir, sekali gus menempah pertarungan menentang tuan rumah Brazil.
Jaringan daripada Lautaro Martinez dan Giovani Lo Celso membolehkan skuad Albiceleste mmenundukkan Venezuela 2-0 Jumaat lalu.
Messi bagaimanapun sekali lagi gagal menyerlah dan mempamerkan aksi terbaiknya, dengan hanya jaringan penalti ketika menentang Paraguay merupakan satu-satunya gol daripada bintang Barcelona itu setakat ini dalam kejohanan berkenaan.
“Sebenarnya, padang ini sangat memalukan. Sukar untuk mengawal dan membawa bola.
“Bola nampak seperti arnab, dia pergi merata-rata tempat dengan keadaan padang sebegini. Apa yang boleh kami lakukan adalah menyesuaikan diri dengan keadaan padang.
“Ia tidak membantu untuk kami menguasai perlawanan, anda memerlukan masa yang lebih lama, ia melantun dengan teruk, anda tidak boleh mengawalnya
“Bagaimanapun kami bermain dengan baik sehingga tamat dan mencapai kemenangan, itu yang penting,” kata Messi.

Comentários