Pular para o conteúdo principal

Brazil kembali ke prestasi asal

BRAZIL berjaya mempamerkan aksi sebenar apabila membelasah Peru

BRAZIL berjaya mempamerkan aksi sebenar apabila membelasah Peru 5-0 pada aksi ketiga Kumpulan A saingan Copa Amerika di Arena Corinthians awal pagi semalam.
SAO PAULO, Brazil – Ke­tua Jurulatih Brazil, Tite kagum dengan aksi cemerlang pemainnya dan merasakan ia adalah aksi terbaik pasukan itu selepas membelasah Peru 5-0 bagi aksi ketiga Kumpulan A Copa Amerika 2019 sekali gus melangkah ke pusingan suku akhir sebagai juara kumpulan.
Terdahulu, Brazil telah diperlekehkan oleh penyokongnya sendiri dalam dua aksi pembukaan ketika menang 3-0 ke atas Bolivia dan seri tanpa jaringan dengan Venezuela, namun sebaliknya telah berlaku selepas mereka membenamkan cabaran Peru di Arena Corinthians awal pagi semalam.
Tite memberitahu, ia adalah aksi terbaik Brazil selepas melihat pemain mampu mengawal bola dan bertahan dengan baik selain gawang mereka tidak dibolosi.
“Kami beraksi dengan krea­tif, tepat, sangat cekap dan berkesan.
“Bagi saya, perlawanan kali ini adalah antara yang terbaik sejak saya mengambil alih pasukan.
“Selepas berjaya menjaringkan gol pada babak pertama, saya melihat pasukan mampu mengekalkan tempo permainan sehingga tamat perlawanan.
“Bersambung babak kedua, kami mengekalkan pendekatan yang sama dan pemain masih berjaya mencipta pe­luang pada minit ke-47 perlawanan,” kata Tite.
Brazil mengesahkan kemenangan selepas Case­miro, Roberto Firmino dan Everton masing-masing menjaringkan satu gol sebelum rehat ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Bersambung separuh masa kedua, Dani Alves terus mengukuhkan kedudukan pasukan apabila menja­ringkan gol keempat pada awal babak kedua sebelum Willian melengkapkan gol kelima pasukan pada minit terakhir perlawanan. 
– Agensi

Comentários