
Pemain Brazil, Roberto Firmino diasak pemain Paraguay, Gustavo Gomez pada aksi perlawanan Copa America, sebentar tadi. - Foto REUTERS
PORTO ALEGRE, Brazil: Brazil menundukkan Paraguay 4-3 menerusi penentuan penalti untuk mara ke peringkat separuh akhir Copa America selepas mengharungi 90 permainan tanpa sebarang jaringan, sebentar tadi.
Gabriel Jesus mengesahkan kemenangan Brazil selepas Gustavo Gomez dan Derlis Gonzalez gagal menyempurnakan penalti untuk Paraguay.
Penyerang Liverpool, Roberto Firmino mencipta gemuruh buat penyokong tuan rumah apabila turut gagal menyempurnakan penaltinya selepas rembatannya tersasar.

Pemain Paraguay, Fabian Balbuena dilayangkankad merah oleh pengadil perlawanan selepas mengasari pemain Brazil pada Copa America, sebentar tadi. - Foto REUTERS
Lawan tuan rumah berikutnya adalah pemenang perlawanan di antara Argentina dan Venezuela di Belo Horizonte, awal pagi esok.
Brazil mendominasi hampir keseluruhan perlawanan, terutama selepas Paraguay terpaksa beraksi 10 pemain pada minit ke-58 susulan kekasaran Fabian Balbuena terhadap Firmino.
Skuad kendalian Tite jelas tumpul di bahagian serangan dengan cubaan Willian terkena tiang pada minit-minit terakhir permainan manakala rembatan Everton menggegar palang.
Dua lagi perlawanan suku akhir akan membabitkan Colombia bertemu Chile dan Uruguay menentang Peru. - REUTERS

Pemain Brazil, Gabriel Jesus memeluk penjaga gol pasukannya, Alisson sejurus menjaringkan gol melalui sepakan penalti ketika menentang Paraguay Copa America, sebentar tadi. - Foto REUTERS
Comentários
Postar um comentário