Pular para o conteúdo principal

Brazil ubat duka Coutinho

Philippe Coutinho, (kiri) pada sesi latihan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Copa America. - Foto AFP

PORTO ALEGRE, Brazil: Pemain tengah Brazil Philippe Coutinho mengakui dia mengharungi musim suram di Barcelona sejak 10 bulan lalu tetapi menegaskan ia memberi pengajaran buatnya untuk masa depan.
Coutinho dikritik hebat musim ini berkenaan persembahannya di Nou Camp tetapi ia tidak menghalangnya daripada mengisi kesebelasan utama pengendali Brazil, Tite, dan bermain setiap minit perlawanan untuk Selecao pada aksi Copa Amerika di laman sendiri setakat ini.
“Jujurnya ia bukan musim yang baik. Ia tidak menjadi seperti yang saya harapkan,” kata pemain 27 tahun itu yang menyertai Barca dari Liverpool pada Januari 2018.
“Tetapi saya harap ia menjadi pengajaran buat saya, supaya saya terus dahagakan kejayaan, dan mempunyai fokus lebih tinggi.”
 Coutinho menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 Brazil ke atas Bolivia dalam aksi pembukaan Kumpulan A, kurang menyerlah ketika seri 0-0 menentang Venezuela tetapi mempamerkan prestasi terbaiknya dalam kemenangan 5-0 ke atas Peru.
“Di sini bersama pasukan kebangsaan tanggungjawabnya tetap sama: menunjukkan komitmen yang betul untuk diberi kepercayaan.
“Sama ada musim yang baik atau tidak, ia tidak memberi kesan: keazaman untuk menang sentiasa sama, atau mungkin lebih lagi,” katanya.
 Coutinho hanya menjaringkan 13 gol La Liga sejak menyertai Barca dan sekadar memanaskan bangku simpanan beberapa kali musim lalu.
Sementara itu, selepas ketiadaannya, Liverpool memenangi Liga Juara-Juara bulan lalu. – AFP

Comentários