JAMES RODRIGUEZ
SALVADOR - James Rodriguez berharap Colombia akan melakar kemenangan ke atas Paraguay dalam aksi terakhir Kumpulan B bagi mengekalkan rentak cemerlang dalam saingan Copa America.
Juara 2001 mengesahkan slot suku akhir selepas menang 2-0 ke atas Argentina dan Qatar 1-0 sebelum ini dalam dua perlawanan terdahulu.
Duvan Zapata meledak gol tunggal ketika mengatasi juara Asia itu bagi memastikan Colombia mengumpul enam mata menjelang aksi terakhir berdepan Paraguay, yang ketinggalan empat mata di tempat kedua dengan dua keputusan seri.
Pengendali Colombia, Carlos Queiroz dijangka merehatkan lima tonggak utama dalam aksi yang akan berlangsung di Arena Fonte Nova selepas berjaya menjarakkan diri dengan Qatar dan Argentina.
Rodriguez mengakui perjalanan Colombia masih jauh namun sudah mula mencongak perhitungan dengan Chile, Uruguay atau Jepun.
“Kami berada di landasan tepat tetapi perjalanan masih jauh lagi untuk mencapai sasaran.
“Kami akan terus fokus untuk meraih kejayaan,” katanya.-AGENSI
Comentários
Postar um comentário