
Pemain Colombia, Gustavo Cuellar (tengah) meledak gol kemenangan ketika menentang Paraguay di Salvador. - Foto AFP
SALVADOR, Brazil: Colombia meluahkan keyakinan selepas melangkah ke suku akhir Copa Amerika dengan rekod sempurna untuk menjuarai Kumpulan B selepas kemenangan 1-0 ke atas Paraguay, kata penjaring gol kemenangan Gustavo Cuellar.
Pengendalinya, Carlos Queiroz membuat 10 pertukaran dalam kesebelasan utamanya dengan Colombia sudah pun terjamin di kedudukan teratas Kumpulan B, tetapi tetap sukar ditandingi Paraguay apabila mereka menjaringkan gol dan satu penalti diperolehi bagaimanapun dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) pada babak kedua.
“Kami banyak mencipta peluang berbahaya, kami berada di laluan tepat dan kami melangkah ke fasa seterusnya dengan keyakinan tinggi,” kata Cuellar yang menjaringkan gol pada minit ke-31.
Sebelum ini Colombia menduduki kedudukan teratas kumpulan selepas mencatat kemenangan ke atas Argentina (2-0) dan Qatar (1-0), menamatkan saingan peringkat kumpulan tanpa dibolosi sebarang gol.
Tetapi kebanyakan pemain yang bermain dalam perlawanan menentang Paraguay berada di bangku simpanan ketika dua perlawanan terdahulu.
“Kami bermain baik. Ia bukanlah mudah di sini - tidak bermain dan kemudian bermain dalam perlawanan penting,” kata Cuellar.
“Tetapi apabila anda mempunyai pemain yang sangat bagus, ia adalah mudah.”
Colombia akan bermain dengan pasukan tempat kedua Kumpulan C, sama ada Uruguay atau Chile – dengan Jepun masih mempunyai peluang tipis. – AFP
Comentários
Postar um comentário