COLOMBIA bakal menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Copa America 2020, yang turut dianjurkan bersama Argentina.- AFP
LONDON - Persekutuan Bola Sepak Colombia (FCF) mengesahkan, negaranya akan menjadi tuan rumah untuk aksi final Copa America 2020.
Kejohanan tersebut akan dianjurkan bersama Argentina, namun FCF berkata semalam, perlawanan akhir yang akan berlangsung di Colombia itu merupakan kali kedua.
Colombia pernah menjadi tuan rumah dalam edisi 2001, apabila mereka memenangi Copa America buat kali pertama selepas menumbangkan Mexico 1-0 di pentas akhir di laman sendiri.
“Jawatankuasa Eksekutif FCF berasa amat berbangga dan gembira untuk mengumumkan bahawa perlawanan akhir Copa America 2020 Colombia-Argentina bakal berlangsung di negara ini.
“Bagi Colombia, ia merupakan satu penghormatan selepas mendapat undi percaya daripada ahli Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL), yang memilih kami untuk mengadakan perlawanan akhir di negara ini.
“Kami akan membalas kepercayaan CONMEBOL dan berusaha dan bekerja keras menerusi profesionalism kami untuk memastikan final Copa America 2020 akan terpahat kenangan terindah dalam sejarah.
“Kami akan menggalas tanggungjawab besar ini dengan sukacita, dan memberikan komitmen yang tinggi. Kami yakin bahawa penganjuran bersama Argentina kita akan mencetuskan suasana paling hebat dalam sejarah Copa America,” katanya.
Comentários
Postar um comentário