
Pemain Jepun, Shoya Nakajima melepasi halangan pemain Ecuador lalu merembat bola pada aksi perlawanan Copa Amerika, di Stadium Mineirao, Belo Horizonte, Brazil sebentar tadi. - Foto
BELO HORIZONTE, Brazil: Jepun dan Ecuador tersingkir daripada saingan Copa Amerika selepas keputusan seri 1-1 melayakkan Paraguay mara ke suku akhir sebagai salah satu daripada dua pasukan tempat ketiga terbaik.
Kemenangan menjanjikan tempat dalam kelompok lapan terakhir dan Jepun berada di depan pada minit ke-15 hasil rembatan Shoya Nakajima dari jarak 25 meter.
Ecuador menyamakan kedudukan 20 minit kemudian menerusi Angel Mena dan pasukan Amerika Selatan itu mula menguasai permainan di babak kedua menerusi hantaran-hantaran jauh yang menyukarkan benteng Jepun.
Kedua-dua pasukan berpeluang menambah jaringan dalam aksi di stadium Mineirao yang mencatat kehadiran penonton paling rendah setakat ini – seramai 9,279 orang.

Pemain Ecuador, Angel Mena (kiri) cuba melepasi halangan pemain Jepun, Daiki Sugioka pada aksi perlawanan Kumpulan C Copa Amerika, sebentar tadi. - Foto EPA
Comentários
Postar um comentário