Pular para o conteúdo principal

Gareca puji kesungguhan Peru

LUIS SUAREZ menangis kesedihan selepas gagal membawa Uruguay ke
LUIS SUAREZ menangis kesedihan selepas gagal membawa Uruguay ke separuh akhir Copa America.
SALVADOR - Pengendali Peru, Ricardo Gareca memuji kesungguhan pasukannya selepas menyingkirkan Uruguay menerusi penentuan penalti untuk melangkah ke separuh akhir Copa America.
Penjaga gawang, Pedro Gallese menyelamatkan sepakan Luis Suarez sebelum Edison Flores memastikan kemenangan mereka selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan dengan tiga gol Uruguay dibatalkan kerana ofsaid.
Peru akan berdepan Chile dalam aksi separuh akhir di Porto Alegre.
“Ini adalah saingan luar biasa menentang apsukan yang kuat.
“Mereka menunjukkan kesungguhan untuk menang. Penting untuk mereka bekerja keras dan kami harap dapat beraksi lebih baik daripada Chile selepas ini,” kata Gareca.
Gareca turut memberi pujian istimewa kepada Gallese yang sebelum ini menjadi sasaran kritikan selepas tewas 0-5 kepada Brazil dalam aksi kumpulan.
“Gallese memberikan kelainan. Dia adalah penjaga gol yang memberikan kepuasan kepada kami kerana dia sentiasa ada untuk saat-saat genting.
“Kekalahan kepada Brazil sebelum ini bukan sesuatu yang ideal.
“Hari ini Gallese memberikan kelainan dan dia membuktikan kenapa dia adalah pilihan utama pasukan,” katanya.-AFP

Comentários