Pular para o conteúdo principal

‘Gila jika kami tersingkir’

LIONEL MESSI - AFP
LIONEL MESSI - AFP
LONDON - Penyerang prolifik Argentina, Lionel Messi yakin pasukannya akan menundukkan Qatar dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan Copa America, dengan turut mengakui adalah sesuatu yang gila jika mereka tersingkir awal.
Skuad bimbingan Lionel Scaloni berdepan penyingkiran awal dalam kejohanan tersebut selepas terikat 1-1 dengan Paraguay dalam Kumpulan B semalam.
Jaringan penalti daripada Messi pada babak kedua menafikan kelebihan Paraguay yang terlebih dahulu berada di depan menerusi gol Richard Sanchez di Belo Horizonte.
Mungkin kemenangan ke atas Qatar pada Ahad ini masih belum mencukupi untuk melepas peringkat kumpulan, namun Messi tetap yakin dengan kemampuan pasukannya.
“Saya boleh nampak kami sangat berkeyakinan untuk menang dalam perlawanan seterusnya. Kami perlu berusaha bersama pasukan dan memperbaiki kekurangan.
“Jujurnya saya agak kecewa kerana gagal menghadiahkan kemenangan seperti yang diperlukan untuk mara ke peringkat seterusnya.
“Kami sedar ia mungkin menjadi sukar, kami tetap mahu menjadi pasukan yang terbaik dalam peringkat kumpulan,” katanya.
Ahad lalu, Argentina tewas 0-2 kepada Colombia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B. - AGENSI

Comentários