
URUGUAY bangkit dua kali daripada ketinggalan ketika seri 2-2 menentang aksi luar biasa skuad Jepun pada Copa America sebentar tadi, dengan bantuan dua keputusan pengadil yang dipersoalkan dan terpaksa menunggu sehingga perlawanan akhir peringkat kumpulan bagi mengetahui nasib mereka untuk layak ke suku akhir.
Koji Miyoshi meletakkan pasukan jemputan kejohanan mendahului pada minit ke-25 dengan penyudah yang menyakinkan selepas melakukan serangan pantas namun Luis Suarez menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian selepas menyempurnakan penalti yang diperolehi daripada keputusan kontroversi menerusi tayangan VAR.
Pemain pertahanan Naomichi Ueda, yang dilihat ditendang Edinson Cavani dalam perebutan bola telah dipersalahkan sekali gus menyentap semangat wakil Asia itu.

Koji Miyoshi (tengah kanan) menjaringkan gol buat Jepun. FOTO EPA
Jepun sekali lagi mendahului pada minit ke-59 apabila Miyoshi menghukum kesilapan yang dilakukan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera pada separuh masa kedua perlawanan.
Juara 15 kali Copa America menyamakan kedudukan sekali lagi tujuh minit kemudian menerusi tandukan pemain pertahanan Jose Gimenez.
Uruguay mendahului Kumpulan C dengan empat mata, manakala Jepun ketiga dengan satu mata. Pasukan di tangga kedua, Chile akan menentang Ecuador esok.
Comentários
Postar um comentário