
PEMAIN Colombia, Duvan Zapata menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Qatar pada kempen Kumpulan B Copa America di Stadium Morumbi, Sao Paulo. - Foto Reuters
RIO DE JANEIRO: Penyertaan Jepun dan Qatar pada Copa America mungkin mengejutkan segelintir pihak tetapi dua negara Asia itu sudah membuktikan mereka tidak datang ke Brazil hanya untuk melengkapkan jumlah pasukan.
Qatar memulakan kempen Kumpulan B dengan bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk seri 2-2 berdepan Paraguay sebelum gol Duvan Zapata pada lewat permainan membuatkan mereka berkongsi mata berdepan Colombia pada perlawanan berikutnya.
Sementara itu pasukan muda dan kurang berpengalaman Jepun mendapat pengajaran berguna apabila tewas 4-0 kepada Chile dan mereka berada di pihak yang salah menerusi dua kontroversi VAR ketika seri 2-2 berdepan Uruguay.
Kedua-dua pasukan mungkin gagal mengumpul mata terbaik dalam dua perlawanan kumpulan setakat ini tetapi mereka sedar kemenangan dalam perlawanan terakhir akan membawa mereka ke pusingan kalah mati.
“Kami mahu menjadi pihak yang menang, pemain kami ada kualiti untuk melakukannya,” kata jurulatih Qatar dari Sepanyol, Felix Sanchez.
“Kami pasukan yang tidak pernah berputus asa,” katanya mengenai juara Asia itu.
Awal pagi Isnin ini Qatar akan berdepan Argentina ketika Lionel Messi masih gagal menyinar.
Dan dia sedar kemenangan mengatasi Qatar, yang tidak boleh dielak Argentina untuk terus kekal dalam kejohanan berkenaan.
“Anda tidak akan menang perlawanan hanya dengan menarik jersi,” kata bintang Barcelona itu yang akan berusia 32 tahun Isnin ini.
Selepas dibalas ketika mensia-siakan peluang di depan gol dan longgar di bahagian pertahanan ketika menentang Chile, jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu berazam mengubah pasukannya ketika berdepan Uruguay.
“Mereka menunjukkan keberanian untuk bermain,” kata Moriyasu mengenai pemainnya yang berani berdepan pasukan handalan lain. - AFP
Comentários
Postar um comentário