Pular para o conteúdo principal

Jepun tak sabar 'bersamba' di Copa America

HAJIME Moriyasu
SAO PAOLO: Jepun tidak sabar memperagakan taring sebenar mereka di Copa America tatkala skuad Samurai Biru itu membuat penampilan kedua sebagai pasukan jemputan dalam Kumpulan C yang sukar bersama juara bertahan Chile, kata jurulatih Hajime Moriyasu, awal pagi tadi.
“Saya tidak sabar beraksi di Copa America. Ia satu daripada kejohanan taraf tinggi di dunia,” kata jurulatih itu di Sao Paolo.
“Kami boleh menunjukkan kekuatan kami dan bagaimana kami beraksi, itulah yang ingin kami cari dalam kejohanan ini,” katanya jurulatih berusia 50 tahun itu.
Jepun mungkin bukan dalam kelompok pasukan pilihan tetapi Moriyasu menyatakan betapa pemainnya berkunjung sekali lagi ke Brazil dengan mentaliti kemenangan.
“Kami akan beraksi dengan memburu gelaran tetapi pertama sekali kami perlu pastikan bermain perlawanan satu demi satu dan melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan dan kemudian baru fikirkan aksi seterusnya,” katanya.
Sebelum itu Moriyasu mengumumkan bahawa Copa America akan menjadi pemanas badan untuk Sukan Olimpik 2020 yang berlangsung di Tokyo tahun depan.
Skuad Jepun tiba di Brazil semalam dan akan beraksi dalam perlawanan pembukaan mereka menentang Chile di Sao Paolo awal pagi Selasa. – AFP
Kumpulan A: Bolivia, Brazil, Peru, Venezuela
Kumpulan B: Argentina, Colombia, Paraguay, Qatar
Kumpulan C: Chile, Ecuador, Jepun, Uruguay

Comentários