Pular para o conteúdo principal

Kes rogol Neymar bayangi Copa America

PENYERANG Brazil, Roberto Firmino (kiri) dan penjaga gol, Alisson
PENYERANG Brazil, Roberto Firmino (kiri) dan penjaga gol, Alisson Becker mengambil bahagian dalam latihan bersama skuad kebangsaan menjelang Copa America yang akan bermula, Sabtu ini. - AFP
RIO DE JANEIRO – Brazil seharusnya sudah bersedia untuk mengharungi satu lagi kejuaraan besar di tanah air sendiri, dengan membawa harapan baru terhadap bintang penyerang mereka, Neymar bagi membantu skuad kebangsaan mengakhiri kemarau trofi selama 12 tahun.
Bagaimanapun, menjelang Copa America yang bakal membuka tirai pertandingan, Sabtu ini, berita budak emas skuad Selecao yang ditimpa kecederaan buku lali lebih banyak dilaporkan media.
Neymar turut diganggu dengan skandal rogol ke atas seorang model yang ditemuinya menerusi media sosial di sebuah bilik hotel di ibu negara Perancis, di mana dia beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG).
Khabar tersebut ternyata merosakkan suasana persiapan menjelang pertandingan bola sepak peringkat benua Amerika Selatan itu.
Bagaimanapun, berita skandal tersebut ditenggelami dengan dakwaan seorang pegawai kanan persekutuan bola sepak Brazil yang sanggup membuat pertaruhan bahawa Neymar akan menarik diri daripada Copa, dan ternyata telahan itu benar apabila penyerang PSG itu ditimpa kecederaan ligamen buku lali sewaktu aksi persahabatan yang berkesudahan Brazil menang 2-0 ke atas Qatar.
Namun begitu, jurulatih Brazil, Tite menegaskan, skuad bimbingannya menjalani persiapan dengan lancar, walaupun mengakui, kehilangan Neymar amat dirasai dan malang sekali Brazil tidak dapat menggunakan khidmat pemain handalan itu. – AFP

Comentários