JAMES RODRIGUEZ
SALVADOR - James Rodriguez tidak pasti kelab mana yang akan disertainya walaupun dia sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli.
Kelab Serie A itu berminat mendapatkan Rodriguez selepas masa depan tidak menentunya bersama Bayern Munich yang memilih untuk tidak mendapatkannya secara kekal selepas tamat tempoh pinjaman dua tahun.
Rodriguez enggan pulang ke Santiago Bernabeu dengan Zinedine Zidane sedang berusaha meningkatkan dana Real bagi mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini.
“Ketika ini, tumpuan saya terarah kepada Copa America.
“Saya masih tidak tahu di manakah saya akan pergi tetapi saya bersikap tenang. Segala keputusan bergantung kepada kelab (Real Madrid).
“Ada yang memegang kuasa besar di sana, jadi tidak banyak yang boleh saya lakukan. Saya belum bercakap dengan Zidane lagi.” katanya.-AGENSI
Comentários
Postar um comentário