Pular para o conteúdo principal

Messi gesa Argentina kekal positif

LIONEL MESSI - AFP
LIONEL MESSI - AFP
BRAZIL - Lionel Messi cuba mengintai peluang untuk melepasi saingan peringkat kumpulan selepas gol penaltinya berjaya mencuri satu mata berharga untuk mengikat Paraguay 1-1.
Pemenangi Ballon d’Or itu menyempurnakan penalti pada minit ke-57 sekali gus menafikan gol pembukaan perlawanan pemain Paraguay, Richard Sanchez.
Bagaimanapun Argentina seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol, Franco Armani yang menyelamatkan pintu gawang dengan menafikan sepakan penalti Derlis Gonzalez.
“Kami perlu berfikiran positif dan berkeyakinan. Kami perlu memperbaiki corak permainan dan berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan seterusnya...dan kami perlu menang,” kata Messi.
Jika tewas, harapan Argentina untuk mara ke suku akhir tidak terkubur kerana lapan daripada 12 pasukan bertanding akan melepasi peringkat kumpulan.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan diikuti dua pasukan tempat ketiga terbaik.
“Keadaan menjadi huru-hara jika kami tidak melepasi peringkat kumpulan kerana secara praktikalnya tiga pasukan boleh layak,” kata Messi. - AFP

Comentários