Pular para o conteúdo principal

Messi pemain terbaik dalam sejarah

BINTANG Argentina, Lionel Messi (kiri) dikawal ketat pemain Qatar,
BINTANG Argentina, Lionel Messi (kiri) dikawal ketat pemain Qatar, Almoez Ali sewaktu beraksi dalam perlawanan peringkat Kumpulan B pada Copa America di Gremio Arena, Porto Alegre, Brazil, hari ini. - AFP
BELO HORIZONTE - Thiago Silva melabelkan Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia sepanjang hayat menjelang aksi separuh akhir Copa America menentang Argentina.
Messi menjadi sasaran krtikan sebagai gagal beraksi cemerlang sepanjang kempen Copa America walaupun Argentina berjaya ke saingan empat pasukan terbaik dalam edisi kali ini.
Silva berkata, tiada sebarang keraguan bahawa bintang Barcelona yang juga pemenang Ballon d’Or lima kali ini wajar diangkat sebagai pemain terbaik.
“Bagi saya, Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah, terbaik yang pernah saya lihat.
“Tetapi kini pertembungan Brazil dan Argentina. Kita simpan dahulu rasa kagum itu dalam perlawanan lain,” katanya.
Brazil turut berdepan kesukaran sebagai tuan rumah apabila sering diejek penyokong sendiri dan terpaksa menunggu hingga ke penentuan penalti untuk mengatasi Paraguay di suku akhir dan kini akan berdepan pasukan yang diketuai Messi.
Walaupun hanya menjaringkan satu gol dalam kempen kali ini, Messi tetap menerima pujian daripada Silva kerana dia mampu menghasilkan momen luar biasa dalam perlawanan itu.
“Setiap kali kami bertemu, dalam pasukan kebangsaan atau Liga Juara-Juara, memang sukar untuk saya berdepan dengannya,” kata Silva.-AGENSI

Comentários