LIONEL MESSI
BELO HORIZONTE - Sepakan penalti Lionel Messi memastikan Argentina meraih satu mata selepas terikat seri 1-1 dengan Paraguay dengan juara dunia dua kali itu dilihat terus bergelut dalam saingan Copa America kali ini.
Messi berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-57 di Stadium Mineirao untuk menyamakan kedudukan selepas ketinggalan menerusi jarngan Richard Sanchez.
Argentina juga bernasib baik selepas penjaga gawang mereka, Franco Armani berjaya menafikan sepakan penalti Paraguay pada separuh masa kedua.
Keputusan seri itu menyaksikan Argentina hanya memiliki satu mata daripada dua perlawanan dan berada di kedudukan terbawah Kumpulan B dengan baki satu perlawanan.
Bagaimanapun, dua pasukan tempat ketiga terbaik masih berpeluang ke suku akhir dan Argentina masih ada harapan untuk mara dan perlu menang ke atas Qatar dalam aksi terakhir kumpulan.
“Kami perlu menang.
“Kami akan perbaiki permainan dan buat keputusan terbaik untuk pertemuan menentang Qatar.
“Kami cukup bernasib baik kerana masih berpeluang dalam kejohanan ini,” kata Lionel Scolani.
Scolani turut memuji kecemelangan Armani kerana berjaya mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi buat kali kedua dalam perlawanan itu.
“Kami yakin dengan Franco. Dia adalah pilihan utama kami. Dia menyelamatkan penalti dan menghidupkan peluang pasukan ini,” katanya.
Gergasi Amerika Selatan itu perlu memperbaiki permainan mereka sekiranya mahu meneruskan kemaraan selepas tewas dalam aksi pembukaan kepada Colombia, Sabtu lalu.-AFP
Comentários
Postar um comentário