Pular para o conteúdo principal

Messi tidak faham situasi Argentina

LIONEL MESSI
LIONEL MESSI
PORTO ALEGRE - Lionel Messi sukar memahami situasi Argentina yang kini sedang berdepan risiko penyingkiran daripada saingan Copa America dan perlu menang ke atas Qatar dalam saingan terakhir peringkat kumpulan, awal pagi esok.
Argentina, yang tewas kepada Colombia dalam perlawanan pertama sementara sekadar seri dengan Paraguay, berada di kedudukan tercorot, namun hanya dibezakan dengan bilangan jaringan dengan penghuni tangga ketiga, Qatar.
Argentina berada dalam situasi sukar sejak 12 bulan lalu, mengharungi Piala Dunia yang mengecewakan di bawah pimpinan Jorge Sampaoli dan tiada perubahan besar berlaku selepas Lionel Scaloni mengambil alih sebagai ketua jurulatih.
Messi berharap Argentina melepasi peringkat kumpulan dengan sasaran untuk menamatkan saingan di tempat ketiga sudah mencukupi.
“Kami perlu positif dan yakin dengan kebolehan pasukan.
“Kami perlu perbaiki dan menampilkan permainan terbaik dalam perlawanan seterusnya. Kami perlu menang.
“Sukar untuk menerima hakikat jika gagal melepasi peringkat kumpulan selepas tiga pasukan layak ke pusingan berikutnya.
“Kami menyedari Copa America bukan saingan yang mudah.
“Venezuela telah menyukarkan Brazil dalam perlawanan sebelum ini. Kami belum meraih kemenangan dan berdepan Qatar, kami harus meraih tiga mata,” kata Messi.-AGENSI

Comentários