Pular para o conteúdo principal

Miyoshi cerahkan peluang Jepun

PEMAIN tengah Jepun, Koji Miyoshi (kanan) melepaskan rembatan
PEMAIN tengah Jepun, Koji Miyoshi (kanan) melepaskan rembatan ketika beraksi dalam kempen Kumpulan C Copa America di Stadium Gremio, Brazil, semalam. - AFP
PORTO ALEGRE - Dua gol daripada Koji Miyoshi membantu Jepun mendapatkan satu mata berharga apabila mengikat Uruguay 2-2 dalam aksi Copa America, semalam.
Jaringan Miyoshi meletakkan Jepun di depan sebelum Uruguay menyamakan kedudukan menerusi penalti kontroversi Luis Suarez dan tandukan penyamaan Jose Gimenez.
Keputusan seri itu menghidupkan peluang Jepun untuk melepasi Kumpulan C dengan baki satu perlawanan bertemu Ecuador. - AFP

Comentários