ROBERTO FIRMINO meledak jaringan kedua Brazil dengan gaya tekenalnya ketika pertemuan menentang Peru dalam saingan Copa America.
SAO PAULO - Roberto Firmino menjaringkan satu lagi jaringan tanpa melihat (no-look goal) ketika membantu Brazil membelasah Peru 5-0 dalam saingan Copa America.
Kedua-dua pasukan itu bertemu bagi menentukan juara Kumpulan A dengan Selecao dikejutkan dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu Venezuela.
Tetapi mereka tidak berdepan masalah ketika menentang Peru dengan mendahului permainan pada minit ke-12 selepas Casemiro menanduk masuk sepakan penjuru Philippe Coutinho.
Tujuh minit kemudian, Firmino menunjukkan kecemerlangannya dengan menjaringkan gol tidak masuk akal dalam perlawanan itu.
Pemain Brazil itu meluru ke arah penjaga gawang Peru, Pedro Gallese bagi mengganggu sepakannya dan bola itu melantun ke belakang dan terkena tiang.
Firmino bertindak balas pantas dengan merampas bola itu dan bergerak mengatasi Gallese dan menolak masuk bola sambil memandang ke arah belakang dengan pertahanan peru gagal mengekang tindakan penyerang itu.
Brazil kemudiannya melengkapkan kemenangan mereka menerusi jaringan Everton Soares, Dani Alves dan Willian.-AGENSI
Comentários
Postar um comentário