Pular para o conteúdo principal

Palmeiras tak mampu pinjam Sanchez

ALEXIS SANCHEZ
ALEXIS SANCHEZ
MANCHESTER - Kelab Brazil, Palmeiras terpaksa menarik hasrat untuk meminjam Alexis Sanchez daripada Manchester United kerana tidak mampu membayar gaji penyerang Chile itu.
Menurut wartawan Brazil, Jorge Nicola, Palmeiras pada mulanya menawarkan untuk membayar sebahagian kecil daripada gaji pemain tersebut manakala bakinya dilunaskan oleh United, namun cadangan itu ditolak oleh Red Devils.
Palmeiras kemudian terpaksa melupakan seluruh idea untuk menggunakan khidmat pemain berusia 30 tahun itu selepas diberitahu gaji Sanchez adalah enam kali ganda lebih besar daripada bayaran yang dikeluarkan untuk pemain terbaik mereka ketika ini.
Isu gaji terlalu tinggi serta tidak setanding prestasi antara punca utama United gagal melepaskan Sanchez kepada pasukan lain dan perlu menunggu sehingga kontraknya di Old Trafford tamat pada 2022.
Difahamkan, bekas penyerang Barcelona dan Arsenal itu menikmati gaji 350,000 pound (RM1.85 juta) seminggu di Old Trafford. - AGENSI

Comentários