
Pemain bintang bola sepak Brazil, Neymar. - Foto Reuters
SAO PAULO: Peguam ketiga mewakili wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol bintang bola sepak Brazil, Neymar di sebuah hotel dekat Paris menarik diri hari ini sekali gus mencetus episod baharu dalam skandal yang menggegar pemain bintang Brazil itu.
Peguam Danilo Garcia de Andrade memberitahu stesen penyiar SBT pagi tadi bahawa dia tidak lagi mewakili Najila Trindade Mendes de Souza selepas mempertikai kewibawaan wanita berkenaan.
Trindade sebelum ini menuduh Neymar merogolnya di kota Paris bulan lalu.
Neymar berulang kali menafikan tuduhan model berkenaan.
Minggu lalu Garcia membantu Trindade membawa kes rogol berkenaan kepada pihak berkuasa, namun kemudian menyatakan akan menarik diri daripada mewakili wanita berkenaan kecuali model berkenaan memberikannya lebih banyak bukti kesalahan dilakukan Neymar.
Garcia juga mahu melihat kandungan rakaman video berdurasi tujuh minit membabitkan pertemuan keduanya dengan Neymar.
Trindade kekal dengan dakwaan bahawa dia menjadi mangsa rogol seperti rakaman video beberapa saat yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Imej rakaman itu berkenaan tersebar selepas tablet yang merakam imej berkenaan dicuri namun pemilik pangsapuri yang disewa wanita berkenaan menafikan memecah masuk kediaman model wanita berkenaan.
Sebelum ini, peguam asal Trindade juga menarik diri mengendalikan kes bekenaan kerana beranggapan ia kes serangan seksual dan bukannya kesalahan rogol. Peguam kedua model wanita berkenaan turut menarik diri separuh jalan.
Jumaat lalu, Trindade hadir di sebuah balai polis di Sao Paulo untuk memberi keterangan dan selepas enam jam dirakam percakapan, Garcia mengiringinya keluar dari balai polis berkenaan.
"Trindade mendakwa penyiasat tabletnya yang hilang itu menyatakan alat berkenaan berada di lokasi yang sama dengan lorong kediaman saya,” kata Garcia.
"Dia tidak wajar mempertikai kemampuan seseorang peguam yang bersusah payah menemaninya ketia disoal siasat polis.”
Drama membabitkan Trindade menjadi hangat sehari kemudian apabila Neymar pula muncul di sebuah balai polis di Rio de Janeiro dengan berkerusi roda susulan kecederaan buku lali ketika dia membantu Brazil menentang Qatar dalam perlawanan persahabatan menjelang persiapan Copa America.
Neymar memberi keterangan di balai polis berkenaan sambil menyerahkan gambar dan bukti mesej menerusi aplikasi WhatsApp dengan Trindade tanpa persetujuan wanita berkenaan.
TV Globo dalam laporannya pula menyatakan Neymar memberitahu polis bahawa seorang pembantu teknik bertanggungjawab menyebarkan mesej dan foto yang tular itu.
Neymar dalam pada itu diketepikan dalam kesebelasan skuad kebangsaan Brazil dalam tugasan di Copa America yang bermula Jumaat ini susulan kecederaan buku lali. - AFP
Comentários
Postar um comentário