Pular para o conteúdo principal

Penganjur Copa America bimbang penonton sedikit


Pemain Paraguay, Oscar Cardozo melakukan sepakan penalti ketika menentang Qatar pada Copa America, di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil pagi tadi. - Foto AFP

SALVADOR, Brazil: Lagu rasmi Copa America bertajuk “Getaran Benua” namun jika kehadiran rendah penonton di sebahagian perlawanan akan berlarutan, terutama di Amerika Selatan, di negara tuan rumah Brazil, ia tampak seperti tidak dijangka.
Kekecewaan terbaharu buat penganjur ialah ketika Paraguay seri 2-2 berdepan Qatar hari ini dalam perlawanan di stadium ikonik dengan 74,000 tempat duduk, Maracana di Rio de Janeiro dengan hanya dilihat tempat duduk kuning dan biru yang kosong.
Hanya 19,000 menyaksikannya di sebalik 4,000 kanak-kanak diberikan tiket oleh jawatankuasa penganjur tempatan untuk memeriahkan perlawanan.
Kurangnya penonton terus menjadi corak membimbangkan penganjur kejohanan, CONMEBOL selepas hanya 13,000 orang datang ke Arena Gremio ketika Peru seri tanpa jaringan berdepan Venezuela semalam di Porto Alegre.
Penyokong tuan rumah sendiri, Brazil yang terkenal dengan keghairahan mereka menyokong pasukan kebangsaan, tampak kurang memberangsangkan ketika menang 3-0 mengatasi Bolivia dalam perlawanan pembukaan di Stadium Morumbi berkapasiti 66,000 tempat duduk, hanya 46,000 yang hadir.
Presiden CONMEBOL, Alejandro Dominguez mengakui beliau bimbang dengan jumlah yang sedikit itu tetapi mempertahankan persekutuan bola sepak Brazil.
“Sudah tentu ia membimbangkan kerana anda mahu ramai orang datang melihat pemain terbaik dunia beraksi, kerana pemain Amerika Selatan adalah antara terbaik di dunia,” kata Dominguez, semalam.
“Ini adalah negara yang hidup untuk bola sepak dan kami mahu melihat lebih orang membabitkan diri. Sebahagian perlawanan ramai yang datang, malangnya yang lain tak ramai.
“Tapi secara keseluruhan, ia sangat positif dan saya rasa ia akan bertambah baik.” - Reuters

Comentários