Pular para o conteúdo principal

Polis Brazil soal Neymar lima jam


NEYMAR

SAO PAULO: Polis Brazil lewat malam tadi menyoal siasat Neymar selama lima jam berhubung laporan satu kes rogol membabitkan dirinya dengan seorang wanita di sebuah hotel di Paris bulan lalu yang dinafikan pemain bintang itu.
"Lambat laun, kebenaran akan terbukti juga," kata Neymar yang dilihat menggunakan tongkat ketika hadir memberi keterangan di sebuah balai polis di sini.
Neymar, 27, tiba di balai polis berkenaan sebelum jam 4.00 petang waktu tempatan dan meninggalkan premis berkenaan kira-kira jam 9.00 malam. (kira-kira 9.00 pagi waktu Malaysia).
Neymar tampil memberi keterangan di balai polis itu selepas pihak polis mengemukakan saman fitnah ke atas model wanita yang bernama Najila Trindade yang mendakwa pasukan keselamatan Brazil menerima rasuah berhubung kes berkenaan.
–– ADVERTISEMENT ––

Minggu lalu, Trindade ketika bercakap dengan stesen penyiar SBT menuduh pasukan polis Brazil sudah disogok.
"Pasukan polis sudah dibeli, bukankan begitu? Atau saya sudah gila?” katanya mengulas mengenai perkembangan siasatan polis mengenai kehilangan sebuah tablet yang mengandungi rakaman video bukti kejadian dari kediamannya.
Kandungan video berkenaan didakwa sebagai bukti kes beliau diserang secara seksual oleh bintang Brazil itu.
Kes berkenaan mencetus gempar di Brazil tatkala negara itu sedang bersiap sebagai tuan rumah Copa America 2019 selain mencemar persiapan mereka memulakan pemburuan gelaran dengan menentang Bolivia dalam peringkat kumpulan esok.
Bagaimanapun, Neymar, yang mewakili Paris Saint-Germain, sudah memberi keterangan kepada polis Rio de Janeiro berhubung satu mesej di aplikasi WhatsApp berhubung satu foto intimnya bersama Trindade minggu lalu.
TV Globo melaporkan dalam keterangannya itu, Neymar mendakwa seorang pembantu teknik bertanggungjawab menyebarkan mesej dan foto berkenaan.
Setakat ini, berdasarkan satu tinjauan umum membabitkan 2,071 responden, 60 peratus warga Brazil percaya bahawa Neymar tidak terbabit dalam kes rogol itu manakala 14 peratus percaya pemain bintang itu ada melakukannya. – AFP

Comentários