Pular para o conteúdo principal

Qatar bangkit untuk seri berdepan Paraguay


Pemain Qatar, Boualem Khoukhi (tengah) melepasi kawalan dua pemain Paraguay, Celso Ortis (kiri) dan Miguel Almiron pada Copa America hari ini. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Boualem Khoukhi menjaringkan gol 13 minit sebelum tamat ketika juara Asia, Qatar bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk seri 2-2 berdepan Paraguay pada Copa America hari ini.
Penalti Oscar Cardozo dan gol menakjubkan Derlis Gonzalez memberika pasukan Amerika Selatan itu gol pendahuluan 2-0 di Rio de Janeiro.
Namun jaringan Almoez Ali dan Khoukhi pada babak terakhir permainan memberikan mereka satu mata dalam saingan Kumpulan B buat pasukan pertama kali pertama menyertai kejohanan itu.
“Ia keputusan yang adil, kami berhak mendapat satu mata,” kata jurulatih Qatar dari Sepanyol, Felix Sanchez.
–– ADVERTISEMENT ––

Dia memuji pemainnya kerana “terus percaya” dan “menunjukkan kemahuan untuk terus melakukannya selepas perlawanan, itu perkara paling positif buat kami.”

Ia memberikan pasukan itu dua mata di belakang pendahulu Kumpulan B, Colombia yang membuka akaun dengan kemenangan 2-0 mengatasi pasukan disertai Lionel Messi, Argentina semalam.
“Kami tidak dapat mengekalkan kelebihan kami dan kerana itu kami perlu melaluinya,” kata Gonzalez.
Qatar yang dijemput menyertai kejohanan itu bermula dengan buruk dan kesilapan di bahagian pertahanan menyebabkan panik dalam kawasan mereka.
Juara Asia itu terselamat namun Paraguay terus memberi tekanan dan beberapa minit kemudian diberikan penalti kerana bola terkena tangan selepas tandukan Bruno Valdez terkena tangan pemain kelahiran Portugal, Pedro Miguel.
Cardozo meledak dari dalam kotak penalti ke bahagian tengah dan memberi Paraguay gol pendahuluan pada minit keempat. - AFP

Comentários