LUIS SUAREZ
LONDON - Luis Suarez berkata keputusan seri Uruguay 2-2 dengan pasukan jemputan Jepun dalam Kumpulan Csaingan Copa America di Porto Alegre hari ini telah meninggalkan perasaan pahit dan manis.
Dalam perlawanan tersebut, Suarez meledak gol menerusi penalti pada minit ke-32, sekali gus menafikan kelebihan Jepun yang terlebih dahulu berada di depan tujuh minit sebelum itu hasil jaringan Koji Miyoshi.
Miyoshi kemudian meletakkan semula Jepun di depan pada minit ke-59, namun pertahanan Uruguay Jose Gimenez menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.
Suarez kecewa dengan keputusan tersebut, menyaksikan Uruguay sekadar memungut empat mata, selepas menang 4-0 ke atas Ecuador dalam aksi pembukaan.
“Kami perlu memperbetulkan kesilapan dan berdoa untuk perkara positif. Kami mencipta banyak peluang keemasan. Sebab itu perlawanan tersebut telah meninggalkan perasaan pahit manis.
“Kami bermain dengan baik dengan tahap yang biasa, namun anda perlu akur dengan dua kesilapan sehingga mereka mampu menjaringkan gol, dan anda perlu lebih berhati-hati,” kata Suarez.
Uruguay bakal berdepan Chile dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan pada Selasa ini (pukul 7 pagi waktu Malaysia).- AGENSI
Comentários
Postar um comentário