Pular para o conteúdo principal

Rondon yakin keupayaan Venezuela

PEMAIN Venezuela, Salomon Rondon ketika sidang akhbar sesi latihan
PEMAIN Venezuela, Salomon Rondon ketika sidang akhbar sesi latihan menjelang perlawanan suku akhir Copa Amerika menentang Argentina di Rio de Janeiro, Brazil. - AFP
RIO DE JANEIRO - Menjelang aksi suku akhir Copa Amerika, pemain Venezuela, Salomon Rondon akui bintang Argentina, Lionel Messi perlu dirantai sebaiknya dalam pertemuan kedua-dua pasukan, awal pagi esok.
Sebelum ini Venezuela sudah dua kali mengikat Argentina dalam kelayakan Piala Dunia 2018 serta meraih tiga mata dalam kelayakan edisi sebelumnya termasuk kemenangan 3-1 dalam perlawanan persahabatan, Mac lalu.
Kata Rondon kejayaan tersebut telah menjadi inspirasi kemaraan Venezuela.
“Dia (Messi) bukan sahaja merupakan tonggak penting Argentina malah bola sepak dunia.
“Kami tahu bagaimana untuk menyekat pemain berkenaan dan ia telah dibuktikan ketika layak ke Piala Dunia 2014.
“Kami sedar pasukan harus memanfaatkan sebaiknya segala kualiti yang dimiliki andai mahu meraih keputusan positif,” kata Rondon. - AGENSI

Comentários