Pular para o conteúdo principal

Sanchez bangkit dari detik sukar


CHILE mempamerkan aksi menyakinkan menumpaskan pasukan jemputan, Jepun, 4-0 dalam misi skuad itu mempertahankan kejuaraan Copa America.
Ketika prestasi bintang Manchester United, Alexis Sanchez menjadi persoalan dia bangkit menjaringkan gol menerusi tandukan pada jarak dekat minit ke-82 selain membantu melorong bola untuk gol keempat seminit kemudian.
Eduardo Vargas menjaringkan dua gol pada minit ke-54 dan 83 ketika babak kedua permainan selepas Chile hanya memperolehi jaringan pembukaan menerusi tandukan pemain tengah Erick Pulgar di penghujung babak pertama buat juara Copa 2015 dan 2016 itu.
Alexis Sanchez meraikan jaringannya ketika membantu Chile menewaskan Jepun, pagi ini. FOTO AFP

Penjaring terbanyak Chile, Sanchez berkata, dia terpaksa mengharungi tempoh yang paling buruk dalam kariernya kebelakangan ini.
“Selama enam minggu saya rasakan sangat teruk daripada yang pernah saya lalu sebelum ini,” katanya.
“Saya terpaksa berhempas pulas dalam separuh masa kerana saya rasa teragak-agak namun pada separuh masa kedua saya lebih tenang dan beraksi dengan bebas dan cukup seronok.”
Kemenangan itu meletakkan Chile bersama-sama di tempat terasa dengan Uruguay yang menumpaskan Ecuador, 4-0 semalam dalam aksi Kumpulan C.
Chile dilabel pasukan bukan pilihan untuk memenangi kejohanan itu selepas aksi merudum sehingga menyebabkan mereka gagal layak beraksi di Piala Dunia 2018.
Namun Sanchez yakin pasukannya kini berada pada landasan tepat.
“Saya fikir kami sudah meningkat sebagai satu pasukan sejak 2015 untuk mengekalkan dan sebagai pasukan yang mampu mencabar tepat pada masanya,” tambahnya.
“Kami menang dalam perlawanan yang sangat sukar dan sekarang kami harus memberi tumpuan mengenai perlawanan seterusnya.
Chile menentang Ecuador pada Sabtu selepas Jepun bertemu Uruguay pada Jumaat

Comentários