ALEXIS SANCHEZ
LONDON - Alexis Sanchez dilihat lebih suka beraksi bersama Chile berbanding Manchester United, kata jurulatih Reinaldo Rueda.
Sanchez mengharungi episod suram dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, namun dia mampu menjaringkan dua gol dalam kancah Copa America dengan terkini ketika membantu Chile menang 2-1 ke atas 10 pemain Ecuador semalam.
Sanchez bagaimanapun mengalami kecederaan pergelangan kaki selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-51, iaitu lebih banyak berbanding hanya satu gol dalam 20 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Penyerang tersebut juga sekadar meledak lima gol dalam 45 penampilan pada semua pertandingan sejak menyertai Manchester United pada Januari lalu, dan kini Sanchez dilaporkan ingin keluar dari Old Trafford.
Rueda berkata, Sanchez yang bergelut dalam saingan domestik telah memberi tindak balas baik, dengan dia yakin pemain berusia 30 tahun itu lebih cintakan pasukan kebangsaan berbanding kelab.
Dia mempunyai motivasi, i, kasih sayang dan beberapa hubungan yang dimilikinya dalam pasukan kebangsaan dan mungkin dia tidak memilikinya di Manchester.
“Dia tiba pada masa yang sukar, mungkin dalam United, dia adalah pemain yang paling teruk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Rueda.- AGENSI
Comentários
Postar um comentário