Pular para o conteúdo principal

Suarez gembira andai Neymar sertai Barcelona


SAO PAULO - Luis Suarez memberitahu bahawa Barcelona pasti akan membuka pintu buat Neymar andai penyerang itu mahu kembali menyertai kelab gergasi Sepanyol itu.
Tambah Suarez, dia dan Neymar pernah digandingkan ketika di Barcelona malah percaya ia adalah musim terbaiknya ketika mereka beraksi bersama di Camp Nou.
“Saya mempunyai memori yang sangat istimewa ketika bergandingan di bahagian serangan bersama Neymar.
“Bagi saya semua kelab mahu ada pemain seperti Neymar malah semua pemain juga ingin beraksi bersamanya,” kata Suarez.
Ketika ini Neymar, 27 tahun dikatakan bakal kembali menyertai La Liga berikutan kelabnya ketika ini Paris Saint-Germain (PSG) seakan tidak gembira dengan prestasi naik turun penyerang berkenaan. - AGENSI

Comentários