Pular para o conteúdo principal

Uruguay nyaris diaib Jepun

Pemain Jepun, Koji Miyoshi mengawal bola dari pemain Uruguay pada perlawanan Copa America, sebentar tadi. - Foto REUTERS
PORTO ALEGRE, Brazil: Uruguay dua kali bangkit menyamakan kedudukan untuk seri 2-2 menentang Jepun dalam saingan Copa Amerika, itupun dengan bantuan dua keputusan kontroversi pengadil, dan perlu menunggu hingga ke perlawanan akhir peringkat kumpulan untuk menempat tiket ke suku akhir.

Koji Miyoshi meletakkan pasukan jemputan itu di depan pada minit ke-25 hasil gerakan serangan balas pantas tetapi Luis Suarez menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian menerusi sepakan penalti berikutan keputusan kontroversi VAR.
perlawanan Copa America, sebentar tadi. - Foto EPA
Pertahanan Jepun Naomichi Ueda, yang kelihatan seperti disepak oleh Edinson Cavani, dipersalahkan pengadil – keputusan yang membingungkan pasukan Asia itu.
Mereka bagaimanapun kembali di depan pada minit ke-59 apabila Miyoshi memanfaatkan kesilapan penjaga gol Uruguay Fernando Muslera untuk meledak gol keduanya.
Juara 15 kali Copa Amerika itu sekali lagi menyamakan kedudukan selepas tujuh minit menerusi tandukan pemain pertahanan Jose Gimenez.
Uruguay mendahului Kumpulan C dengan empat mata, manakala Jepun di tangga ketiga dengan satu mata. Chile di tangga kedua akan bertemu pasukan tercorot Ecuador esok. – REUTERS

Comentários