Pular para o conteúdo principal

Venezuela raih penghormatan dunia



BELO HORIZONTE - Venezuela meraih penghormatan dari seluruh dunia selepas berjaya ke suku akhir Copa America selepas menundukkan Bolivia 3-1, kata penyerang, Josef Martinez.
JOSEF MARTINEZ

Selepas terikat tanpa jaringan dengan tuan rumah, Brazil, Venezuela bangkit dengan mearih kemenangan bagi mara ke saingan suku akhir.
Darwin Machis menjaringkan dua gol selepas Leonel Justiniano merapatkan jurang sebelum Martinez meledak jaringan kemenangan bagi mengekalkan rekod tanpa kalah di belakang Brazil dalam Kumpulan A.
Mereka dijangka berdepan naib juara Kumpulan B yang berkemungkinan besar akan menjadi milik Argentina.
“Kami berjaya meraih penghormatan daripada semua orang. Kami tujukan kejayaan ini kepada seluruh rakyat negara kami yang sentiasa memberikan sokongan.
“Sekarang kami akan teruskan kecemerlangan kami. Kami tidak memikirkan lawan selepas ini kerana matlamat utama ialah diri kami sendiri,” kata Martinez.-AFP

Comentários