Pular para o conteúdo principal

Zapata wira Colombia

DUVAN ZAPATA (kanan) menjadi wira Colombia selepas menanduk masuk
DUVAN ZAPATA (kanan) menjadi wira Colombia selepas menanduk masuk jaringan tunggal perlawanan ketika menundukkan Qatar dalam saingan Copa America, hari ini.
SAO PAULO - Tandukan Duvan Zapata pada minit akhir permainan membolehkan Colombia meraih slot suku akhir Copa America selepas menundukkan Qatar 1-0, hari ini.
Jaringan Zapata pada minit ke-86 sudah cukup untuk skuad bimbingan Carlos Queiroz menghuni tangga teratas Kumpulan B selepas sukar untuk mencari jalan menembusi permainan tersusun Qatar.
Radamel Falcao beraksi sebagai pemain gantian manakala kehadiran James Rodriguez tidak begitu memberi impak kepada pasukan namun penyerang Atlanta itu berjaya memastikan kemenangan Colombia.
Colombia terlebih dahulu memiliki peluang mendahului permainan pada minit keenam oleh Yerry Mina namun pengadil menolak jaringan tersebut apabila Roger Martinez berada dalam kedudukan ofsaid.
Mereka sekali lagi berpeluang mendahului permainan pada mint ke-13, tandukan Rodriguez tidak menemui sasaran.
Meskipun menguasai 68 peratus perlawanan, namun Colombia gagal menembusi kekentalan benteng pertahanan Qatar.-AGENSI

Comentários