Pular para o conteúdo principal

Alisson bawa aura Liverpool hadapi Messi

PENJAGA Gol Brazil, Alisson percaya pasukannya mampu layak ke
PENJAGA Gol Brazil, Alisson percaya pasukannya mampu layak ke pentas final Copa America 2019.- AFP
BELO HORIZONTE - Penjaga gol Brazil berharap dapat menggunakan pengalaman berdepan Lionel Messi untuk membantu pasukannya menyekat bintang Argentina itu menjelang aksi separuh akhir Copa America 2019 di Estadio Mineirao, awal pagi esok.
Alisson telah berdepan Messi sebanyak empat kali di peringkat Eropah sejak dua musim lalu sewaktu menyarung jersi AS Roma dan Liverpool.
Dalam kedua-dua aksi bagi saingan suku akhir dan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pasukan yang diwakili Alisson mempamerkan kebangkitan luar biasa dalam perlawanan timbal balik di laman sendiri.
Messi membolosi gawang Alisson dua kali di Camp Nou pada 1 Mei lalu tetapi penjaga gol berusia 26 tahun itu memastikan kubunya tidak bocor dalam aksi kedua ketika The Reds mempamer kebangkitan menakjubkan di Anfield.
Alisson percaya jika Brazil dapat mempamerkan aksi sama seperti Roma dan Liverpool, juara lima kali Copa America itu akan berpeluang untuk mengekang kehebatan Messi.
“Saya yakin dengan pasukan, hasil kerja saya bahawa kami akan melalui perlawanan yang hebat dan bersedia dengan segalanya.
“Roma dan Liverpool adalah pasukan berbeza namun terdapat dua kisah menggembirakan ketika saya bersama mereka. Saya bersama dua pasukan yang beraksi secara kolektif.
“Pasukan kami bermain seperti itu, dengan satu perhubungan. Kini, kami hidup dalam dua pengalaman penting. Tetapi dalam perlawanan seperti esok, tiada ruang untuk melakukan kesilapan apabila berdepan Argentina dan semua orang perlu berikan aksi terbaik,” katanya.
Alisson memainkan peranan utama dalam memastikan kemaraan Brazil apabila kecemerlangannya menafikan sepakan penalti Gustavo Gomez ketika mengatasi Paraguay di suku akhir. - AGENSI

Comentários