NEYMAR (kiri) mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukannya, Dani Alves yang menjuarai Copa America di Brazil semalam.- AFP
LONDON - Pemain pertahanan Brazil, Dani Alves mempertahankan rakan sepasukannya Neymar biarpun bintang tersebut sedang teruk dilanda kritikan dan terdesak mahu keluar daripada Paris Saint-Germain (PSG).
Neymar terlepas menyertai Copa America susulan kecederaan yang dialaminya sewaktu aksi persahabatan menentang Watar, namun Brazil mampu memperoleh kejayaan dalam kejohanan tersebut biarpun tanpanya.
Brazil yang juga tuan rumah pertandingan, berjaya menumbangkan musuh ketat Argentina di separuh akhir, dengan Alves mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi menakjubkan sebelum menewaskan Peru di pentas akhir.
“Jika pasukan mempunyai Messi, semestinya Messi akan menjadi tumpuan, sama seperti Cristiano Ronaldo. Dan Neymar juga tiada beza, dia berada di tahap yang lain dan jika lebih banyak pasukan mendedikasikan kepadanya, dia akan membuktikannya di atas padang.
“Saya tidak fikir pemain sebegini akan merosakkan pasukan.
“Saya masih ingat semasa saya bermain bersama Messi, jika dia berada di sebelah saya, apa yang boleh saya buat? Cuba minta bola kepadanya? Saya tahu bagaimana pentingnya dia, dia perlu ada bola setiap masa. Dan Neymar adalah pemain seperti itu.
“Bagaimanapun bukan semua kritikan perlu dilayan. Saya tidak bersetuju dengan banyak kritikan yang lebih menyasarkan aktiviti luarnya dan bukan bola sepaknya, di mana dia sentiasa memberikan hasil terbaik ketika di atas padang,” kata Alves.- AGENSI
Comentários
Postar um comentário