Pular para o conteúdo principal

Brazil musnahkan harapan Argentina

PEMAIN Brazil, Roberto Firmino (kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan
PEMAIN Brazil, Roberto Firmino (kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol bersama Gabriel Jesus dalam aksi separuh akhir Copa America di Belo Horizonte, Brazil, hari ini. - AFP
BRAZIL - Harapan Argentina untuk mara ke final Copa America buat kali ketiga berturut-turut berkecai apabila skuad kendalian Lionel Scaloni itu terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 kepada Brazil dalam aksi separuh akhir kejohanan di Stadium Mineirao, sebentar tadi.
Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus membuka tirai jaringan pada minit ke-19 hasil bantuan daripada Roberto Firmino.
Aksi seimbang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan bagaimanapun Brazil berjaya menggandakan jaringan menerusi percubaan pemain Liverpool, Firmino pada minit ke-71 berpunca daripada hantaran Gabriel.
Sebelum ini, Argentina layak ke final dua edisi berturut-turut pada 2015 dan 2016. Kekalahan ini pastinya sukar diterima Argentina terutamanya kapten, Lionel Messi berikutan dia masih belum mempunyai trofi bersama skuad kebangsaan negaranya.
Tuan rumah, Brazil akan bertemu sama ada Chile atau Peru dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan final berlangsung pada Ahad ini. - AGENSI

Comentários