

BELO HORIZONTE, Brazil: Brazil melangkah ke final Copa America selepas menundukkan seteru tradisi Argentina 2-0, sebentar tadi dengan gol kemenangan dijaringkan Gabriel Jesus dan Roberto Firmino.
Penyerang Manchester City, Jesus meletakkan Brazil di depan pada minit ke-19 selepas menyempurnakan hantaran rendah Firmino di depan gawang.
Kombinasi itu sekali lagi mengganas menerusi serangan balas pantas pada minit ke-71 dengan Jesus mencipta umpanan untuk Firmino meledak gol kedua menerusi tampanan mudah.
Argentina turut berpeluang menjaringkan gol tetapi tandukan Sergio Aguero menggegar palang pada babak pertama dengan cubaan Lionel Messi, 11 minit sebelum permainan berakhir terkena tiang.
Lawan Brazil di pentas final sama ada Chile atau Peru yang akan membuat perhitungan separuh akhir di Rio de Janeiro, esok. - REUTERS
Comentários
Postar um comentário