Pular para o conteúdo principal

Chile mahu pahat sejarah di Copa America

PEMAIN tengah Chile Arturo Vidal (tengah), menyuarakan keyakinan
PEMAIN tengah Chile Arturo Vidal (tengah), menyuarakan keyakinan pasukannya mampu menjulang trofi Piala Copa America 2019 buat kali ketiga berturut-turut.- AFP
BELO HORIZONTE - Pemain tengah Chile, Arturo Vidal menegaskan juara bertahan Copa America itu kini turun dengan misi mencipta sejarah tersendiri menjelang aksi separuh akhir menentang Peru pada Khamis ini.
Juara 2015 dan 2016 itu mahu menjadi pasukan kedua menjuarai trofi tersebut tiga kali berturut-turut selepas pencapaian itu yang kali terakhir dilakukan Argentina pada 1945-1947.
“Kami mahu meninggalkan legasi sebagai juara tiga kali, itu impian kami.
“Itu sebabnya kami mahu mempamerkan aksi terbaik menentang Peru. Ia akan menjadi sejarah dengan mara ke final dan itu misi kami,” kata pemain tengah Barcelona itu yang menjadi antara tonggak kejayaan Chile pada dua edisi lalu.
Chile berdepan Peru pada separuh akhir 2015 di tempat sendiri dan menang 2-1 sebelum menewaskan Argentina menerusi penentuan penalti untuk kejuaraan pertama mereka.
Jelasnya, kapten Peru yang juga penyerang, Paolo Guerrero sebagai ancaman utama Chile.
“Kami perlu beraksi dengan permainan terbaik, menang dengan bergaya. Peru mempunyai kerjasama berpasukan yang mantap sama seperti Colombia yang kami tewaskan pada suku akhir. Sudah pasti perlawanan yang sukar dan menakjubkan.
“Dia pemain yang tahu bagaimana cara melepasi halangan empat pertahanan dan sudah pasti tugas berat mengekangnya,” ujarnya. -AFP

Comentários