Pular para o conteúdo principal

CONMEBOL selar kritikan Messi terhadap Copa America

LIONEL MESSI melemparkan kritikan terhadap pengadil serta CONMEBOL
LIONEL MESSI melemparkan kritikan terhadap pengadil serta CONMEBOL kerana didakwa memberi kelebihan kepada Brazil selain terlibat dengan rasuah sepanjang penganjuran Copa America.
RIO DE JANEIRO - Badan pemantau bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL menyelar kritikan bintang Argentina, Lionel Messi yang menuduh merek terlibat dengan rasuah.
Messi mengeluarkan komen itu selepas diarah keluar padang ketika Argentina menamatkan saingan Copa America di kedudukan ketiga dengan menundukkan Chile 2-1.
Pemenang Ballon d’Or lima kali itu terlibat dengan pergaduhan bersama kapten Chile, Gary Medel dengan Messi mendakwa mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan sebelum pengadil perlawanan, Mario Diaz de Vivar melayangkan kad merah.
“Ini sesuatu yang tidak boleh diterima, insiden yang berlaku adalah sebahagian daripada perlawanan.
“Tuduhan tidak berasas ini ditujukan kepada kami dan ia boleh menjejaskan integriti Copa America,” kata CONMEBOL dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial.
Dalam perlawanan itu, Messi melancarkan serangan ke atas CONMEBOL dan pengadil perlawanan selepas merasakan Argentina menjadi mangsa ketidak adilan pengadil.
Dia turut menuduh badan itu memberi layanan istimewa kepada Brazil.
“Rasuah dan pengadil membuatkan orang ramai tidak dapat menikmati bola sepak kerana mereka merosakkan permainan ini.
“Tidak mustahil Brazil akan menjadi juara kerana Copa America memberi layanan istimewa kepada tuan rumah,” kata Messi.-AFP

Comentários