Pular para o conteúdo principal

Firasat Gabriel menjadi kenyataan

GABRIEL JESUS - AFP
GABRIEL JESUS - AFP
BRAZIL - Penyerang Brazil, Gabriel Jesus mengakui gerak hatinya berkata dia akan menjaringkan gol dan perkara tersebut benar-benar berlaku apabila pemain berusia 22 tahun itu meledak satu gol untuk menewaskan Argentina 2-0 dalam aksi separuh akhir Copa America.
Gabriel menjaringkan gol pada minit ke-19 berpunca daripada hantaran Roberto Firmino sebelum pemain Liverpool, Firmino menjaringkan gol kedua ketika permainan berbaki 19 minit untuk mara ke final Copa America buat kali pertama sejak 2007.
“Saya dapat rasakan saya akan menjaringkan gol...Saya tidak berkata seperti itu kerana saya telah menjaringkan. Selalunya saya tidak cakap seperti ini.
“Saya berasa amat yakin dan saya berupaya menjaringkan gol menentang pasukan yang hebat. Firmino membantu saya dengan baik.
“Saya berasa gembira, bukan kerana jaringan tersebut namun kejayaan pasukan..Kami menjaringkan gol dan kami gembira dengan perlawanan ini, komitmen serta persembahan yang diberkan.
“Setiap perlawanan kami beraksi dengan penuh semangat,” kata penyerang Manchester City, Gabriel.
Dalam pada itu, jurulatih Brazil, memuji kerja keras Gabriel terutamanya selepas pemain itu gagal menjaringkan gol untuk pasukan dalam empat perlawanan sebelum ini termasuk ketika membelasah Peru 5-0 di mana dia gagal menyempurnakan penalti.
“Gabriel membuktikan dengan usaha kerasnya kerana dia tidak pernah berputus asa.
“Orang memberitahu dia ‘anda perlu ketepikan rasa sakit dan lari’ dan itulah yang saya minta dia lakukan,” katanya. - AFP

Comentários