Pular para o conteúdo principal

Makin tua makin menjadi

REINALDO RUEDA - AFP
REINALDO RUEDA - AFP
BRAZIL - Reinaldo Rueda menyifatkan pemain berusia Chile seperti minuman keras, semakin lama disimpan semakin lazat untuk dinikmati.
“Semakin tua mereka, dengan kematangan yang ada mereka semakin bagus,” kata ketua jurulatih Chile itu.
Sebelas pemain juara bertahan dua kali berturut-turut itu sudah melebihi 30 tahun termasuk beberapa pemain utama seperti kapten, Gary Medel, Arturo Vidal dan penyerang Alexis Sanchez.
“Kami bernasib baik kerana kebanyakkan pemain pernah bermain dalam separuh akhir (Copa)
“Dengan kematangan pasukan ini, saya berharap mereka dapat menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk mengatasi corak permainan Peru.
“Mereka ada pengalaman dan mereka perlu buktikannya di atas padang,” katanya.
Dalam pada itu, jurulatih Peru, Ricardo Gareca berkeyakinan tinggi pasukannya mampu melayakkan diri ke pentas akhir Copa America.
“Motivasi kami berada dalam keadaan tebraik. Kami boleh menewaskan pasukan hebat dan itu dilakukan dalam kejohanan ini namun kekuatan mental menjadi kunci kejayaan kami,” katanya.
Chile akan bertemu Peru dalam aksi separuh akhir Copa America di Arena do Gremio, esok. - AFP

Comentários