Pular para o conteúdo principal

Messi, Aguero perlu kerja keras - Jesus

LIONEL Messi dan Sergio Aguero. - Foto AFP

BELO HORIZONTE, Brazil: Penyerang Argentina Lionel Messi dan Sergio Aguero perlu bekerja keras sekiranya mereka mahu menembusi benteng kental Brazil pada aksi separuh akhir Copa Amerika, kata penyerang Selecao Gabriel Jesus.
Tuan rumah Brazil masih belum dibolosi sepanjang empat perlawanan Copa manakala Argentina semakin meningkat kualiti pertahanannya dan tidak dibolosi dalam dua perlawanan terakhir mereka.
Jesus menjangkakan saingan sengit di Belo Horizonte esok (awal pagi Rabu) dan berkata pertahanan Brazil tidak akan membuka ruang buat jentera serangan Argentina walau seinci.
“Sukar untuk melepasi benteng yang belum dibolosi sebarang jaringan,” kata penyerang Manchester City itu berkenaan benteng pertahanan Argentina.

“Gawang kami juga sudah lama tidak dibolosi. Ia amat penting untuk mempunyai benteng yang mantap.

epa07678834 Brazilian Gabriel Jesus celebrates after scoring a penalty the Copa America 2019 quarter-finals soccer match between Brazil and Paraguay at Arena do Gremio Stadium in Porto Alegre, Brazil, 27 June 2019. EPA/JUAN IGNACIO RONCORONI
“Tetapi ia tidak mudah buat Argentina untuk melepasi kami. Memang mereka mempunyai Messi, pemain terbaik di dunia, dan Aguero, salah seorang penyerang berbisa, tetapi mereka perlu bekerja keras untuk melepasi benteng kami.”
Brazil adalah pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Dunia dengan lima gelaran berbanding hanya dua oleh Argentina, tetapi di peringkat benua ia sebaliknya. Argentina mengumpul 14 gelaran Copa berbanding lapan untuk Brazil.
Sekiranya Argentina muncul juara kali ini, ia akan menyamai rekod 15 kejuaraan Uruguay. – AFP 

Comentários