Pular para o conteúdo principal

Messi bidas kualiti pengadilan

LIONEL MESSI mengkritik keputusan pengadil yang dilihat banyak
LIONEL MESSI mengkritik keputusan pengadil yang dilihat banyak memberi kelebihan kepada Brazil semasa aksi separuh akhir Copa America.
RIO DE JANEIRO - Lionel Messi membidas kualiti pengadilan perlawanan separuh akhir Copa America yang menyaksikan Argentina tewas kepada tuan rumah, Brazil.
Jaringan Gabriel Jesus dan Roberto Firmino membolehkan Selecao mengatasi Argentina 2-0.
Bagaimanapun, Argentina memiliki dua percubaan yang menerja palang menerus Messi dan sergio Aguero selain dua permintaan penalti yang dinafikan.
Nicolas Otamendi diterjah keras oleh Arthur semasa sepakan penjuru diambil dan Aguero dijatuhkan Dani Alves dalam perlawanan itu sebelum Firmino mengesahkan kemenangan Brazil.
Messi merasakan Argentina layak diberikan dua sepakan penalti dengan pengadil perlawanan bertindak untuk tidak menyemak semula Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi kedua-dua insiden itu.
“Mereka bukan lebih baik daripada kami. Mereka menjaringkan gol awal dan jaringan kedua hadir daripada sepakan penalti yang seharusnya diberikan kepada Aguero tetapi dinafikan.
“Mutu pengadil sangat teruk, mereka tidak melihat VAR dan itu sangat mengagumkan.
“Semua perlawanan lain pengadil melihat VAR. Semasa terjahan pertama berlaku, sudah dijangka mereka memberi kelebihan kepada Brazil.
“Ini bukan alasan untuk kami tetapi kami perlu menilai semua ini dan berharap ia tidak akan berulang lagi,” katanya.-AGENSI

Comentários